Bunga melati mekar berseri,
Harum semerbak di tepi laman.
Jasa Kak Siti tetap dihargai,
Walau bersara dikenang zaman.
cover
KLIK SINI – PENGESAHAN KEHADIRAN
Sentuh skrin untuk mulakan lagu & teruskan →

Aturcara Majlis

7.30 PM – Pendaftaran
8.00 PM – Majlis Bermula
8.05 PM – Bacaan doa oleh Tuan Haji Azhar bin Mohammed
8.10 PM – Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi KASKEPS,
En. Adnan bin Md Dali
8.20 PM – Ucapan & Perasmian oleh Pegawai Kesihatan Daerah Sepang,
Dr. Fairus Zana binti Mohd Rathi
8.30 PM – Tayangan Montaj & Pemotongan Kek
8.40 PM – Jamuan Makan
9.00 PM – Persembahan dari PPK
9.15 PM – Penyampaian Cenderahati kepada PPK Bersara & Berpindah
9.30 PM – Cabutan Bertuah & Acara Tukar Hadiah
10.30 PM – Bersurai
Sentuh untuk ke muka surat seterusnya →

Menu Hidangan

Nasi Putih Basmathi
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Ikan Dori Sweet Sour
Ulam-ulaman
Air Oren
Teh Tarik
Kuih-muih
Buah-buahan
Dessert
Sentuh untuk ke muka surat seterusnya →

TAHNIAH TOKOH PPK NEGERI SELANGOR 2025

Tokoh PPK 2025
KADARIAH BT NAIM
KLINIK KESIHATAN DENGKIL
Sentuh untuk ke muka surat seterusnya →

Sekalung Budi Setinggi Penghargaan

Kak Siti
SITI RAFIAH BINTI KAMIRIN
Nama panggilan / gelaran mesra di tempat kerja:
Kak Siti
Jawatan terakhir & gred:
Pembantu Perawatan Kesihatan / U11
Lokasi terakhir bertugas:
Klinik Komuniti Sepang Putra
Tahun mula berkhidmat sebagai PPK:
2007
Senarai tempat bertugas sepanjang kerjaya (ringkas):
KK Putrajaya, KK Sungai Pelek, KKOM
Bidang kekuatan / kepakaran klinikal yang paling disukai:
Kecemasan — mempunyai pengalaman on-call pelbagai kes yang membolehkan saya memberi bantuan dengan cepat dan efektif.
Auto-clave — banyak mempelajari cara pensterilan barang dan alatan perubatan dengan betul mengikut prosedur dan SOP.
Sumbangan atau perkara paling membanggakan dalam kerjaya sebagai PPK:
Menyertai operasi disaster di KLIA, membantu pasukan RRT, membantu pasukan on-call, serta terlibat dalam pasukan COVID dan pemberian suntikan.
Kenangan paling manis / bermakna sepanjang bertugas:
Dapat mengeratkan silaturahim antara staf; saling berkunjung pada Hari Raya, meraikan majlis kenduri, serta melakukan aktiviti outing dan ‘me time’ bersama rakan sekerja.
Pesanan, kata-kata hikmah atau nasihat untuk rakan PPK yang masih berkhidmat:
Belajarlah menghormati kerja hakiki kita. Penuhi minat dan tanggungjawab dalam kerjaya. Insya-Allah, segala urusan akan menjadi mudah.
Harapan untuk profesion PPK pada masa depan:
Semoga profesion ini terus maju, dan kita tidak pernah meninggalkan harapan dalam membina motivasi diri.
Hobi atau aktiviti selepas bersara:
Hobi selepas bersara menjadi ruang untuk saya menghargai hidup dengan lebih perlahan dan bermakna. Dapat menikmati kehidupan seharian bersama masyarakat dan rakan taulan melalui aktiviti keilmuan.
Sentuh untuk ke muka surat seterusnya →

Sekalung Budi Setinggi Penghargaan

Lizawati
LIZAWATI BT ABDUL WAHAB
Nama panggilan / gelaran mesra:
Za @ Ija
Jawatan & gred:
Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Lokasi terakhir (sebelum berpindah):
Klinik Kesihatan Sungai Pelek
Lokasi baharu bertugas:
Klinik Kesihatan Tanjong Sepat
Tahun mula berkhidmat sebagai PPK:
2010
Senarai tempat bertugas sebelum ini:
Hospital Ampang → Hospital Serdang → Pasukan Kesihatan Sekolah → KK Salak → KK Sungai Pelek
Bidang kepakaran paling diminati:
Ibu & Anak, Rawatan Harian
Pencapaian paling bermakna di fasiliti lama:
Calon Champion Pembungkusan Set Sterile, Cotton & Swab (PKD Sepang)
Kenangan paling manis di KK Sg. Pelek:
Dapat bertukar dekat dengan rumah & dikelilingi rakan-rakan yang amat baik
Pesanan untuk rakan PPK di fasiliti lama:
Teruskan usaha… Jangan putus asa… Kerja ikhlas kerana ALLAH SWT
Harapan & azam di tempat baharu:
Terus berusaha & tambah pengalaman baru… Yakin orang lain boleh, kita pun boleh!
Hobi kegemaran:
Menyanyi & bercuti bersama keluarga
Sentuh untuk ke muka surat seterusnya →

Ucapan Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada
Kelab Sukan dan Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan Sepang (KASKEPS)
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program FRIEND’S OF PPP – Sambutan Hari PPK Daerah Sepang 2025.

“Bersama Mengangkat Martabat Profesion PPK”
Sentuh untuk kembali ke muka depan