Borang Maklumbalas Ibu Bapa/Penjaga
Isi borang Google Form untuk perancangan & pengumpulan data kempen MRSIA. Jika anda tidak bersetuju, anda masih perlu untuk mengisi borang untuk pengumpulan data. Anda masih boleh mendapatkan suntikan jika anda berubah fikiran walaupun telah menyatakan tidak bersetuju
Pautan borang dibuka dalam tab baharu. Pastikan maklumat anak ditulis dengan tepat.
- Sediakan Birth Cert/ID anak.
- Semak nombor telefon & alamat.
- Nyatakan sejarah alergi / AEFI jika ada.
Chatbot MRSIA (BM & English)
Soal apa-apa tentang kempen, vaksin, jadual & kelayakan. Chatbot ini juga faham bahasa pasar/rojak.
Jika iframe tidak muncul, buka terus di tab baharu.
Soalan Lazim Ringkas
Adakah vaksin MR selamat?
Ya. Kesan sampingan lazim biasanya ringan (demam, sakit tempat suntikan). AEFI serius sangat jarang — rujuk fasiliti kesihatan jika bimbang.Anak dah dapat MMR 9 & 12 bulan — perlu lagi?
Ya, jika dalam lingkungan 6–59 bulan semasa kempen, dos MR ini ialah tambahan untuk tutup jurang imuniti. Jarak minimum 4 minggu dari dos terakhir.Warganegara sahaja?
Kempen menyasarkan semua kanak-kanak yang layak (ikut arahan semasa setempat). Tanyalah fasiliti terdekat.Anak sedang demam teruk / asma flare?
Tangguhkan dahulu dan dapatkan nasihat petugas kesihatan. Kes immunosuppressed/perubatan kompleks perlu penilaian doktor.Privasi & Notis
Data yang dihantar melalui Google Form adalah untuk tujuan perancangan kempen & rujukan klinikal. Dengan menghantar borang, anda bersetuju maklumat digunakan menurut garis panduan kesihatan semasa.