Klinik Kesihatan Salak: Membawa Kesihatan ke Rumah Anda
Menyediakan perkhidmatan lawatan ke rumah dan sokongan paliatif untuk pesakit yang memerlukan di kawasan Sepang.
Rawatan perubatan dan kejururawatan terus ke rumah pesakit yang terlantar, warga emas, atau sukar bergerak, termasuk penjagaan luka dan penukaran tiub.
Sokongan komprehensif untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit, merangkumi pengurusan simptom serta bantuan emosi dan spiritual kepada pesakit dan keluarga.
FOUNDER HAFIZCARE & PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Semoga laman web ini dapat memberi kebaikan kepada staff di PKD Sepang dalam memberi rawatan kepada pesakit.
Pakar Perubatan Keluarga KK Salak
Penjagaan paliatif ialah pendekatan menyeluruh yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka yang berdepan dengan masalah berkaitan penyakit yang mengancam nyawa...
(Sumber: WHO)
Jururawat KK Salak
"Menjaga pesakit paliatif mengajar saya erti sabar, empati dan kemanusiaan. Kadangkala, kehadiran dan sentuhan ikhlas lebih bermakna dari ubat."
Jururawat KK Salak
"Dalam penjagaan paliatif, saya belajar bahawa mendengar itu satu bentuk rawatan."
"Terima kasih kepada pasukan Domisiliari KK Salak. Lawatan berkala mereka sangat membantu meringankan beban kami sekeluarga dalam menjaga ayah yang uzur. Servis yang sangat profesional dan penuh empati."- Puan Aisyah, Ahli Keluarga Pesakit
Lagu Tema Domisiliari & Paliatif