Domisiliari & Paliatif

Klinik Kesihatan Salak: Membawa Kesihatan ke Rumah Anda

Perkhidmatan Teras Kami

Lawatan Domisiliari

Rawatan perubatan dan kejururawatan terus ke rumah pesakit yang terlantar, warga emas, atau sukar bergerak, termasuk penjagaan luka dan penukaran tiub.

Penjagaan Paliatif

Sokongan komprehensif untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit, merangkumi pengurusan simptom serta bantuan emosi dan spiritual kepada pesakit dan keluarga.

Kriteria Kelayakan Rujukan

Poster outlining eligibility criteria for the Domisiliari and Palliative program at Klinik Kesihatan Salak

Video Program Kami

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Domisiliari dan Paliatif kami.

Kenali Pasukan Kami

Portrait of PPP Mohamad Hafiz Bin Dato’ Mohamad Reezahar, Founder of Hafizcare and Assistant Medical Officer

PPP Mohamad Hafiz Bin Dato’ Mohamad Reezahar

FOUNDER HAFIZCARE & PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Semoga laman web ini dapat memberi kebaikan kepada staff di PKD Sepang dalam memberi rawatan kepada pesakit.
Portrait of DR. Teoh See Wie, Family Medicine Specialist at Klinik Kesihatan Salak

DR. Teoh See Wie

Pakar Perubatan Keluarga KK Salak

Penjagaan paliatif ialah pendekatan menyeluruh yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka yang berdepan dengan masalah berkaitan penyakit yang mengancam nyawa...
(Sumber: WHO)

Portrait of Puan Nur Farah Diyana binti Hairo Azaman, Nurse at Klinik Kesihatan Salak

Puan Nur Farah Diyana binti Hairo Azaman

Jururawat KK Salak

"Menjaga pesakit paliatif mengajar saya erti sabar, empati dan kemanusiaan. Kadangkala, kehadiran dan sentuhan ikhlas lebih bermakna dari ubat."
Portrait of Puan Nur Hidayah binti Abdul Rahman, Nurse at Klinik Kesihatan Salak

Puan Nur Hidayah binti Abdul Rahman

Jururawat KK Salak

"Dalam penjagaan paliatif, saya belajar bahawa mendengar itu satu bentuk rawatan."

Apa Kata Mereka

"Terima kasih kepada pasukan Domisiliari KK Salak. Lawatan berkala mereka sangat membantu meringankan beban kami sekeluarga dalam menjaga ayah yang uzur. Servis yang sangat profesional dan penuh empati."

- Puan Aisyah, Ahli Keluarga Pesakit

Lagu Tema Domisiliari & Paliatif